top of page
Image by Madrosah Sunnah
UPSI x DQS Logo.png

Universiti Pendidikan Sultan Idris x Darul Quran Singapura

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam)

Masjid Kampung Siglap Darul Quran Singapura dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) bagi rakyat Singapura yang ingin melanjutkan pengajian mereka.

Usaha kolaborasi bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah antara usaha untuk menaikkan taraf & mutu terutama para graduan Sijil Khas Bagi Guru=Guru Al-Quran (SDQT), serta asatizah Singapura secara keseluruhannya. 

Program Ijazah yang dijalankan secara blended-learning; 80% online & 20% bersemuka, adalah sesuai bagi mereka yang berhadapan dengan kesukaran untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa ke luar negara. Namun, dengan adanya pengajian sedemikian, pastinya akan membantu mereka untuk teruskan pengajian hingga ke menara gading, walaupun secara separuh masa.

Kini, pendaftaran bagi pengajian tahun 2023 telah dibuka!

Universiti berprestij setaraf NIE (National Institute of Education) sangat direbuti tempatnya oleh pendidik-pendidik di Malaysia.

Maka jangan lepaskan peluang anda & daftar segera!

UPSI Posters.png
bottom of page