Tazkirah Ringkas: Jangan Bermusuh-Musuhan

Jangan Bermusuh-Musuhan

 

Rasulullah s.a.w bersabda:

لاَ تَبَاغَضُوا ، وَلاَ تَحَاسَدُوا ، وَلاَ تَدَابَرُوا ، وَكُونُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَانًا ، وَلاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِة أيام

 

Terjemahan Hadis:

 

Janganlah kamu semua saling benci-membenci. Janganlah kamu semua saling berhasad dengki. Janganlah kamu semua saling belakang membelakangi (bermasam-masam muka). Jadilah kamu semua sebagai hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk dia meninggalkan temannya (kerana marah) lebih daripada tiga hari.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

 

 

Beberapa pengajaran penting:

 

  1. Islam mengajar kita supaya mengelakkan diri daripada saling benci membenci, berhasad dengki dan saling belakang membelakangi antara satu sama lain kerana semua perbuatan tersebut akan membawa kepada pintu kejahatan yang amat banyak sekali sehingga boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan di dalam sesebuah masyarakat.  Oleh sebab itu,  segala pintu kejahatan tersebut perlulah ditutup dengan serapat-rapatnya supaya kita dapat hidup saling sayang menyayangi antara satu  sama lain

 

  1. Memang tidak dapat dinafikan, perselisihan faham dan keterlanjuran kata itu selalunya sukar untuk dielakkan dan sekiranya berlaku juga, Islam mengajar kita agar berusaha memperbaiki hubungan yang telah tercalar tersebut dalam tempoh tiga hari kerana membenci dan bermasam muka itu adalah perbuatan yang dilarang serta tidak diredhai Allah dan RasulNya

 

  1. Rasululah juga amat menganjurkan kita kepada dua orang yang saling bermusuhan agar salah seorang daripada mereka memberikan salam terlebih dahulu bagi meleraikan sesuatu permusuhan dan persengketaan, namun orang pertama yang menghulurkan salam itu adalah yang paling baik dan disukai oleh Allah ta’ala

 

 

Sekian sahaja tazkirah Jumaat untuk hari ini.

Wallau’alam

 

 

 

Disediakan oleh

Ustaz Mohd Syafiq Bin Jamil

(Imam Masjid Kampung Siglap)

21 Oktober 2016 / 20 Muharram 1437H