Tazkirah Ringkas : Ciri-Ciri Orang Munafik

Rasulullah saw pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ : إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ )  

 

Terjemahan Hadis:

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi saw bersabda (bermaksud):

 

“Tanda-tanda munafik ada tiga.  Apabila berbicara, dia dusta.  Apabila berjanji, dia mungkiri dan apabila diberikan kepercayaan kepadanya, ia berkhianat”.

(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Hadis ini menerangkan kepada kita tentang tiga ciri-ciri orang munafik  Ciri-ciri tersebut adalah:

 

  1. Apabila berbicara tentang sesuatu perkara, dia akan berdusta.

Orang-orang seperti ini selalunya akan membuat kenyataan dan penerangan yang dusta samaada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan kenyataan yang sebenar mengikut pertimbangan nafsunya.

 

  1. Apabila berjanji, tidak ditepati.

Orang-orang seperti ini juga sering melanggar sesuatu janji yang telah dipersetujui bersama, bijak mencari alasan apabila tidak dapat menunaikan janjinya.

 

  1. Apabila diberikan sesuatu kepercayaan, maka dia akan mengkhianatinya.

Orang Munafik amat susah untuk diberikan sesuatu amanah.  Setiap amanah yang diberikan kepadanya, tidak akan dijaga dengan baik dan sering meremeh-remehkan amanah tersebut.

Sebaliknya, ciri-ciri mukmin yang sebenar adalah apabila berbicara, dia akan berkata benar, apabila berjanji dia akan menunaikannya dan apabila diberikan sesuatu amanah, dia akan menjaganya dengan baik.  Wallahua’lam.

 

Sekian

 

Dikeluarkan oleh Pejabat Imam