Renungan Khutbah Terakhir Nabi (s.a.w) – Ciri Utama Seorang Muslim

Seorang Muslim itu, semua orang sekililingnya bukan hanya senang dan selesa apabila bersama dengannya. Malah berasa aman dan selamat di sampingnya. Inilah takrif seorang Muslim yang sempurna keislamannya seperti yang diajarkan Baginda Muhammad (s.a.w)


Kehidupan di Singapura ini, merupakan salah satu peluang yang terbaik untuk kita tonjolkan sikap yang diajarkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) dalam kehidupan bermasyarakat. Gunakanlah ‘tangan’ dan ‘lidah’ kita dengan baik untuk mengekalkan keharmonian hidup bersama.