Mutiara Kata | 14 Ramadan

Mutiara Kata | 14 Ramadan

Tatkala sampainya berita yang kurang menyenangkan, apatah lagi melihat perkara yang tidak sepatutnya terhadap seorang sahabat, sebaiknya untuk terus bertanya dan mendapatkan penjelasan. Berprasangka buruk hanya akan merosakkan hubungan kita antara sesama Muslim.

Bahkan dinasihatkan oleh ulama terdahulu:

“Jika kamu mendengar sesuatu yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah satu alasan untuknya hingga tujuh puluh uzur, jika kamu mendapatinya maka segala puji bagi Allah, jika tidak, katakanlah ‘Boleh jadi dia mempunyai alasan yang aku tidak tahu tentang.”

Semoga Ramadan 1443H menjadikan kita daripada golongan orang-orang soleh
__
Sokong dakwah Islamiyyah & pendidikan al-Quran
mks.org.sg/donate

Hubungi kita
πŸ“± wa.me/+6593828849
πŸ’» https://linktr.ee/masjidkampungsiglap

masjidkampungsiglap #quranicgeneration #ramadan #salamSG