JURNAL JEELUN QURANI (JIL. 1/2019): PELAKSANAAN MUSABAQAH TAHFIZ AL QURAN JEELUN QURANI’ DI DARUL QURAN SINGAPURA (DQS)

$3.00

Jurnal Jeelun Qurani jilid pertama ini adalah sebuah Jurnal berwasit. Kompilasi kertas kajian ini ditulis oleh para pegawai yang menguruskan program-program al-Quran tertentu di Darul Quran Singapura. Beberapa pensyarah bidang ulum al-Quran tempatan dan daripada university di Malaysia yang menjalin kerjasama dengan DQS turut menyumbang kajian mereka. Jurnal ini menggambarkan aktiviti pendidikan dan kajian al-Quran yang dijalankan di DQS. Kami berharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi semangat membaca dan mengkaji al-Quran serta membangkitkan jiwa penulisan dalam kalangan masyarakat Singapura terutamanya asatizah di Singapura.

Category:

Description

Pelaksanaan Musabaqah Tahfiz Al-Quran Jeelun Qurani Di Darul Quran Singapura (DQS)
Khairunnisa Md Rahim
Menghafal al-Quran di Singapura semakin mendapat perhatian oleh Masyarakat Islam setempat. Darul Quran Singapura mengambil langkah yang positif dengan mengadakan acara musabaqah tahfiz Al Quran yang dinamakan Musabaqah Tahfiz Jeelun Qurani bagi menilai kualiti hafalan para huffaz setempat. Artikel ini bertujuan mengkaji pelaksanaan musabaqah tahfiz Jeelun Qurani. Kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah observasi, pengumpulan data laporan yang diperolehi daripada statistik tahunan serta temu bual daripada beberapa individu. Dapatan kajian menunjukkan kualiti hafalan mereka terjaga terutama dari segi tajwid dan kelancaran walaupun mereka ini hanyalah pelajar tahfiz separuh masa.