JURNAL JEELUN QURANI (JIL. 1/2019): METODOLOGI PENULISAN DAN SYARAHAN MATN AL-TAIYYIBAH – TUMPUAN TERHADAP KITAB AL-HADI

$3.00

Jurnal Jeelun Qurani jilid pertama ini adalah sebuah Jurnal berwasit. Kompilasi kertas kajian ini ditulis oleh para pegawai yang menguruskan program-program al-Quran tertentu di Darul Quran Singapura. Beberapa pensyarah bidang ulum al-Quran tempatan dan daripada university di Malaysia yang menjalin kerjasama dengan DQS turut menyumbang kajian mereka. Jurnal ini menggambarkan aktiviti pendidikan dan kajian al-Quran yang dijalankan di DQS.  Kami berharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi semangat membaca dan mengkaji al-Quran serta membangkitkan jiwa penulisan dalam kalangan masyarakat Singapura terutamanya asatizah di Singapura.

Category:

Description

Metodologi Penulisan Dan Syarahan Matn Al-Taiyyibah: Tumpuan Terhadap Kitab Al-Hadi
Sabri Mohamad
Hamdi Ishak
Mohd Faizulamri Mohd Saad
Matn al-Taiyyibah adalah karya agung Imam Ibn al-Jazari yang telah memudahkan Pengajian Qira’at Sepuluh. Telah banyak karya yang mensyarahkannya dan menerangkan maksudnya melalui pelbagai metodologi, antaranya Kitab al-Hadi, karangan al-Marhum Dr Muhammad Salim Muhaysin yang terbit di waktu penulisan karya Qira’at Sepuluh agak terhad dan jarang diberi tumpuan oleh ulama’. Karya besar tersebut antaranya memberi penumpuan kepada penyataan sebab atau illah sesuatu bacaan Qira’at dan penghujahannya melalui pendekatan-pendekatan penulisannya yang tersendiri. Sehubungan itu, artikel ini akan membicarakan dan menonjolkan metodologi penulisan kitab tersebut dengan lebih terperinci dan tuntas. Penghasilan artikel banyak bergantung kepada kajian perpustakaan dan juga temu bual. Dapatan penulisan menunjukan bahawa antara kelebihan kitab tersebut ialah melalui persembahan, penjelasan dan penghuraian yang mudah difahami dan ringkas tetapi padat. Kelebihan tersebut agak jarang terdapat pada kebanyakan kitab syarah al-Taiyyibah terdahulu yang terkadang agak sukar pemahamannya.