JURNAL JEELUN QURANI (JIL. 1/2019): PERKEMBANGAN SKIM PENGIKTIRAFAN ASATIZAH (ARS) DALAM KALANGAN GURU-GURU AL-QURAN DI SINGAPURA

$3.00

Jurnal Jeelun Qurani jilid pertama ini adalah sebuah Jurnal berwasit. Kompilasi kertas kajian ini ditulis oleh para pegawai yang menguruskan program-program al-Quran tertentu di Darul Quran Singapura. Beberapa pensyarah bidang ulum al-Quran tempatan dan daripada university di Malaysia yang menjalin kerjasama dengan DQS turut menyumbang kajian mereka. Jurnal ini menggambarkan aktiviti pendidikan dan kajian al-Quran yang dijalankan di DQS.  Kami berharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi semangat membaca dan mengkaji al-Quran serta membangkitkan jiwa penulisan dalam kalangan masyarakat Singapura terutamanya asatizah di Singapura.

Category:

Description

Perkembangan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) Dalam Kalangan Guru-Guru Al-Quran
Marghfirah Mohamed Mokhtar
Agama merupakan paksi yang memperkukuh identiti sesuatu bangsa dan juga negara. Melihat akan keprihatinan masyarakat terhadap agama dan pendidikan al-Quran, setiap asatizah dan guru-guru al-Quran perlu memastikan kredibiliti mereka terpelihara di samping menyampaikan kebaikan kepada masyarakat setempat. Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) bagi guru-guru al-Quran adalah wadah penting bagi memanifestasikan garis panduan dan kaedah pengajian al-Quran dalam mendidik dan membimbing masyarakat ke arah penghayatan Islam yang sahih dan holistik. Pelaksanaan latihan peningkatan diri bagi guru-guru al-Quran adalah usaha yang sangat wajar agar para pendidik dilengkapi dengan kebolehan yang sesuai, progresif dan berdaya saing. Artikel ini bertujuan untuk meninjau sejarah Skim Pengiktirafan Guru-Guru Al-Quran dan perkembangannya di Singapura serta maklum balas daripada para asatizah dan guru-guru al-Quran setempat. Artikel ini juga menggunakan sepenuhnya metode kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen daripada pihak MUIS, PERGAS & DQS sejak tahun 2009-2018. Hasil analisa menunjukkan bahawa skim tersebut ternyata efektif dan memberi manfaat buat para asatizah, guru-guru al-Quran dan masyarakat di Singapura.