JURNAL JEELUN QURANI (JIL. 1/2019): ANALISIS KAEDAH RASM UTHMANI MENURUT PANDANGAN ABU DAWUD SULAIMAN IBN NAJAH DALAM MASHAF SINGAPURA 1869 SURAH AL-NABA’

$3.00

Jurnal Jeelun Qurani jilid pertama ini adalah sebuah Jurnal berwasit. Kompilasi kertas kajian ini ditulis oleh para pegawai yang menguruskan program-program al-Quran tertentu di Darul Quran Singapura. Beberapa pensyarah bidang ulum al-Quran tempatan dan daripada university di Malaysia yang menjalin kerjasama dengan DQS turut menyumbang kajian mereka. Jurnal ini menggambarkan aktiviti pendidikan dan kajian al-Quran yang dijalankan di DQS.  Kami berharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi semangat membaca dan mengkaji al-Quran serta membangkitkan jiwa penulisan dalam kalangan masyarakat Singapura terutamanya asatizah di Singapura.

Category:

Description

Analisis Kaedah Rasm Uthmani Menurut Pandangan Abu Dawud Sulaiman Ibn Najah Dalam Mashaf Singapura 1869: Surah Al-Naba’
Nur Muslimah Imam Fakeh
Rasm Uthmani adalah penulisan piawai untuk penulisan al-Quran sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Penulisan ini tidak berubah sehinggalah ke hari ini. Tidak seperti Rasm Imla’ie, yang juga dikenali sebagai Rasm Qiyasi, ia ditulis berdasarkan sebutan Arab, lantas ia tidak boleh digunakan sebagai tulisan al-Quran atas sebab-sebab tertentu. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan analisis penulisan al-Quran, khusus surah al-Naba, Mashaf Singapura 1869. Kajian berbentuk kualitatif ini berdasarkan penulisan-penulisan berkaitan. Bahkan, analisis dan perbandingan dijalankan antara penulisan Rasm Uthmani dan Rasm Imla’ie. Pandangan Abu Dawud Sulaimain ibn Najah, seorang ulama terkenal dalam bidang Rasm, telah dijadikan sebagai asas rujukan utama dalam kajian ini sebagai penentuan perkataan-perkataan yang Uthmani ataupun tidak. Hasil dapatan dalam kajian ini membuktikan bahawa Mashaf Singapura 1869 mengandungi percampuran antara kedua-dua penulisan Uthmani dan Imla’ie. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa Rasm Uthmani tidak digunakan sepenuhnya dalam penulisan Mashaf Singapura 1869.