Musabaqah Tahfiz Jeelun Qurani
Dalam usaha menyemarakkan lagi budaya menghafal Al-Quran, Darul Quran Singapura (DQS) merasakan sudah tiba masanya untuk menganjurkan Musabaqah sebegini di Singapura.
Sepertimana yang difahami oleh masyarakat umum, bulan Al-Quran adalah bulan Ramadan dan di bulan inilah kesedaran dan kegiatan ibadah akan tertumpu kepada Al-Quran baik ibadah solat tarawih, Tilawah dan Talaqqi Al-Quran serta pelbagai lagi program-program yang dianjurkan berpusat kepada kitab suci ini.
Dari itu, pihak DQS merasakan adalah wajar Musabaqah ini dianjurkan secara tahunan di bulan Ramadan dan melibatkan seberapa banyak masjid-masjid dan institusi Al-Quran.
Musabaqah Hafazan Al-Quran ini akan dinamakan “Musabaqah Jeelun Qurani” anjuran DQS – Masjid Kampung Siglap. Perkataan “Jeelun Qurani” adalah sempena visi DQS & Masjid Kampung Siglap untuk ‘Melahirkan Generasi Al-Quran’.
Objektif
- Melahirkan generasi huffaz yang muktabar dan berwibawa.
- Meningkatkan kualiti dan mentahsin bacaan Al-Quran secara tartil dari segi tajwid, kelancaran dan sebutan huruf.
- Memberi pendedahan serta menaikkan semangat masyarakat awam untuk menghafaz Al-Quran.
- Memahami kandungan Al-Quran melalui terjemahan dan tadabbur ayat-ayat suci Al-Quran.
- Mengeratkan silaturrahim dan membentuk jaringan sosial dalam kalangan guru, murid-murid dan masyarakat setempat.
- Menanamkan sifat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan (Istabiqul Khairat) di kalangan peserta.
- Menyediakan wadah bagi pelajar-pelajar Tahfiz untuk memantapkan hafalan.
Sasaran
Secara umumnya, sasaran utama kami adalah seluruh pelajar Darul Quran Singapura. Manakala, sasaran secara khusus adalah seperti berikut:
Pusat Tahfiz, DQS, Pusat Tahfiz Swasta Singapura & Malaysia & Para huffaz tempatan yang berguru secara peribadi.
Kategori
Para peserta musabaqah tersebut diberi pilihan antara 6 kategori:
Kategori 1 | Kategori 2 | Kategori 3 | Kategori 4 | Kategori 5 | Kategori 6 |
3 Juzuk | 5 Juzuk | 10 Juzuk | 15 Juzuk | 20 Juzuk | 30 Juzuk |