Majlis Maulidurrasul 1440H

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada sekalian yang telah hadir dan memeriahkan Majlis Maulidurrasul di Masjid Kampung Siglap Sabtu lalu.

Semoga Allah memberi rezki yang diberkati kepada mereka yang berbelanja di gerai-gerai Jualan Amal kami, membimbing mereka yang mengikuti majlis ilmu tazkirah petang kami, dan merahmati mereka yang turut serta membentangkan acara pentas.

Akhirnya, khusus kami ucapkan jutaan terima kasih kepada para sukarelawan kami yang telah bergotong-royong menjayakan majlis ini. Tanpa mereka, patahnya sebelah sayap kami.

Jazaakumullahu khairan kathiran.

#MaulidMKS
#MajlisIlmu

——————–

Ayuh semua!

Masjid Kampung Siglap akan mengadakan Majlis Maulidurrasul pada 23 Februari nanti.

Ada pelbagai acara tersusun untuk anda sekeluarga! Antaranya, saksikan pembentangan Pidato daripada para belia, dan perdengarkan bacaan Hafiz Cilik kami. Juga tidaklah sah sesebuah majlis Maulid itu tanpa persembahan Nasyid.

Selain daripada persembahan, anda sekeluarga berpeluang untuk berbelanja sambil beramal dalam Jualan Amal yang akan diadakan sepanjang hari.

Kami juga menjemput anda ke sesi Tazkirah bersama Ustaz Hafiizh Rapiee dengan tajuk ‘Al-Quran Pemangkin Ummah’ untuk santapan rohani.

Tidak lupa juga kami pada santapan jasmani. Kami hidangkan kepada sekalian yang hadir jamuan makan malam berdulang!

Ayuh! Bersama kita luangkan masa bersama keluarga di Masjid Kampung Siglap pada 23 Februari nanti!