Khulasah Al-Quran | Al-Anfal : 48 – At-Taubah : 122

ه

Jemaah yang dirahmati Allah,

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Marilah sama-sama kita bersyukur ke hadhrat Allah SWT yang sentiasa menyayangi kita dengan mengurniakan kita peluang untuk beribadah dan mempertingkatkan taqwa kita kepadaNya. Alhamdulillah, pada malam ke -9 Ramadan ini, kita diberi kesihatan untuk beribadah kepadaNya.

Untuk makluman dan penghayatan bersama, Insya Allah pada malam ini, ketiga-tiga imam hafiz kita iaitu Ustaz Md Syafiq Jamil Alhafiz, Imam Sufyan Baderuddin Balli Alhafiz dan Imam Makky Wasid Alhafiz akan membacakan Juz Ke-10 dan beberapa ayat dari juz 11, iaitu bermula dari ayat 48 surah Al-Anfal sehingga ayat 122 surah At-Taubah.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rahmat Allah SWT akan sentiasa bersama-sama hamba-Nya ketika dalam ketaatan, manakala keampunan Allah SWT pula akan sentiasa bersama-sama seseorang hamba yang bertaubat ke atas kekhilafan atau kesilapan yang dilakukan.

2. Pengertian jihad mengikut pandangan Islam tidak terbatas hanya pada peperangan menggunakan sejata dalam mempertahankan negara sahaja, bahkan jihad melawan hawa nafsu juga dikira sebagai jihad kerana hawa nafsu adalah musuh paling bahaya yang mesti kita awas sentiasa.

3. Zakat merupakan antara penyebab tercurahnya kasih sayang Allah SWT dan keberkatan dalam kehidupan. Maka, menjadi tanggungjawab setiap Muslim yang bverkemampuan untuk memastikan hak Allah SWT ini ditunaikan.

4. Banyak menangis kerana mengingati Allah SWT adalah digalakkan bagi setiap orang Islam kerana ia dapat melembutkan hati dan mengingatkan kita kepada akhirat. Sebaliknya kurangkanlah ketawa tentang hal-hal keduniaan kerana bimbang hati akan menjadi lalai sehingga lupa kepada akhirat.

Semoga perkongsian ini dapat menambahkan lagi kekusyukan kita dalam solat.
Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته