Khulasah Al-Quran | Al-A’raf : 85 – Al-Anfal : 47

ه

Jemaah yang dirahmati Allah,

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Marilah kita bersyukur ke hadhrat Allah SWT yang sentiasa menyayangi kita dengan
mengurniakan kita peluang untuk beribadah dan mempertingkatkan taqwa kita kepadaNya.
Alhamdulillah, malam Ke-8 Ramadan ini kita berpeluang untuk menghidupkan syi’ar Ramadan
di Masjid Kg Siglap, Darul Quran Singapura ini. Sesungguhnya, bersyukur kerana diberi nikmat
untuk beribadah adalah semulia-mulia bentuk kesyukuran, sepertimana yang diajarkan oleh
Rasulullah saw.

Untuk makluman dan penghayatan kita, Malam Ke-8 ini ketiga-tiga imam kita akan membacakan
Juz Ke-8, 9 dan sebahagian dari ayat-ayat dari Juz ke-10, iaitu bermula dari ayat 85 surah Al-
A’raf hingga surah Al-Anfal ayat 47.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Allah SWT bersifat Ar-Rahman (Maha Pengasih). Maha Pengasihnya Allah SWT
menyeluruh kepada semua hamba-Nya di atas dunia ini. Manakala di akhirat kelak Allah
SWT bersifat Ar-Rahim (Maha Penyayang), hanya akan memberikan rahmat-Nya kepada
hamba-hamba-Nya yang beriman dengan balasan syurga.

2. Keyakinan bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya
yang mampu memberi pertolongan, di samping usaha gigih yang berterusan merupakan
anak kunci bagi mencapai apa jua kejayaan meskipun teruji dengan keupayaan dan
sumber yang terbatas.

3. Dalam apa jua yang kita lakukan, hendaklah kita berniat dengan niat yang baik, berusaha
serta bertawakal kepadaNya. Kejayaan pasti akan datang dengan pertolongan Allah
SWT, InsyaAllah.

4. Segala bentuk musibah seperti anjir kilat, gempa bumi, ribut petir, taufan dan pelbagai
lagi bencana alam yg berlaku di atas muka bumi ini adalah merupakan suatu ujian dan
juga amaran daripada Allah SWT. Sama-samalah kita mengambil peringatan dan
pengajaran daripadanya.