Khulasah Al-Quran | Al-Baqarah : 270 – Ali ‘Imran : 148

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita bersyukur ke hadhrat Allah SWT yang mengurniakan kita peluang untuk
beribadah lagi pada malam ini. Sesungguhnya, bersyukur kerana diberi nikmat untuk beribadah
adalah setinggi-tinggi bentuk kesyukuran, sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Untuk makluman para jamaah, Malam Ke-3 Ramadan ini, in sya Allah para imam undangan kita
akan membaca ayat-ayat daripada Juz Ke-3 & 4, iaitu dari ayat 270 surah Al-Baqarah hingga ayat
148 Surah Aali ‘Imran.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Sedekah tidak hanya terbatas dari sudut wang ringgit sahaja, tetapi sedekah juga boleh
dilakukan dengan memberikan senyuman kepada saudara, melakukan amar makruf nahi
mungkar, membantu menyelesaikan masalah orang lain, membuang perkara yang
menghalang di jalanan serta memberikan khidmat nasihat yang baik kepada masyarakat.

2. Hutang bukanlah satu perkara kecil, sebaliknya ia adalah satu perkara yang besar. Sikap
meremehkan pembayaran hutang adalah sikap yang tidak baik kerana hutang itu
merupakan satu amanah dan wajib dilunaskan dengan segera. Apabila kita berhutang,
maka niatkanlah dalam diri untuk membayarnya, maka Allah SWT pasti akan
memberikan jalan dan rezeki untuk melunaskannya, InsyaAllah.

3. Orang yang terbaik adalah orang yang dapat menguasai diri dalam keadaan marah.
Antara cara untuk mengawal marah adalah dengan berwuduk, mengubah posisi
kedudukan, berdiam diri serta memperbanyakkan istighfar. Selain itu, hendaklah ia
bayangkan betapa buruknya mukanya ketika marah, sudah tentu perasaan malu akan
timbul serta dapat menghindarkan diri daripada sifat marah.
Semoga perkongsian ini dapat menambahkan lagi kekhusyukan dan ketekunan solat yang bakal
kita laksanakan, insya Allah.

Sekian.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته