Khulasah Al-Quran | Al-Mulk – Al-Mursalat

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,

Seperti biasa, Masjid Kg Siglap akan mengadakan solat Qiyamullail yang dipimpin oleh ketiga-
tiga Imam Hafiz kita bermula jam 3.30 pagi esok. Juadah bersahur akan kami sediakan. Marilah
kita bersama-sama menghidupkan Ramadan baki beberapa hari lagi sebelum ia meninggalkan
kita, insya Allah.

Untuk penghayatan bersama, malam ini barisan para hafiz imam kita akan membacakan Juz’ 29,
iaitu bermula dari awal surah Al-Mulk hingga Akhir Surah Al-Mursalat.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Membaca Al-Quran menjadi amalan yang bukan saja memelihara diri seseorang Mukmin
di dunia, bahkan menjadi pelindung di alam kubur dan pemberi syafaat pada Akhirat
kelak. Antara surah yang sangat ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah surah al-Mulk
khususnya menjadi benteng ketika berada di alam barzakh.

2. Setiap orang mampu membuat pilihan untuk memilih jalan kebaikan atau keburukan.
Hanya orang yang takut kepada Allah SWT sahaja yang akan memilih jalan kebaikan dan
berusaha menghindarkan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai
Allah.

3. Manusia dikurniakan Allah dengan akal fikiran yang dapat membezakan perkara yang
baik dan buruk, berbeza Dengan makhluk Allah yang lain. Oleh itu, gunakalah nikmat
akal untuk berfikir dan menilai yang mana satukah jalan yang dapat membawa kita
syurga dan kita berusaha ke arahnya.

4. Seseorang itu dianggap seorang yang lemah keimanannya apabila sentiasa mengikuti
hawa nafsu dan hanya mementingkan kehidupan dunia semata-mata serta melakukan
dosa-dosa tanpa menghiraukan hari pembalasannya kelak.

5. Orang yang menunaikan solat sunat di waktu tengah malam akan diberi ganjaran pahala
yang berganda-ganda oleh Allah SWT kerana sanggup mengorbankan waktu tidurnya
semata-mata untuk bermunajat kepadaNya. Berusahalah untuk bangun malam dan
jadikanlah ia sebagai amalan kebiasaan kita selagi kita masih hidup bagi meraih
keampunan dan maghfirah daripadaNya.

Semoga khulasah atau ringkasan intisari ayat-ayat Al-Quran ini menambahkan lagi kekhusyukan
solat kita ini nanti, insya Allah.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته