Khulasah Al-Quran | Al-Mujadalah – At-Tahrim

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,
Untuk penghayatan kita, malam ini barisan imam-imam hafiz kita akan membaca Juz 28, iaitu
bermula dari awal surah surah Al-Mujadalah hingga Akhir Surah At-Tahrim.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Hendaklah kita menjadi orang yang melaksanakan apa yang kita katakan. Apabila kita
kita mengajak orang kepada kebaikan, seharusnya kitalah yang memulakannya dahulu
supaya kita tidak mendapat kemurkaan daripada Allah SWT.

2. Setiap orang Mukmin hendaklah bertawakal kepada Allah SWT sebagaimana sifat seekor
burung walaupun tidak diberikan akal tetapi ia tidak duduk diam sahaja disarangnya. Ia
akan keluar untuk mencari rezeki dan pulang dengan perut yang penuh dengan makanan
kerana yang memberi rezeki adalah Allah SWT.

3. Seseorang akan dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab tawakalnya yang penuh
dengan sifat keimanan dan khauf (takut) kepada Allah SWT.

4. Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi
petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.

Semoga khulasah atau ringkasan intisari ayat-ayat Al-Quran ini menambahkan lagi kekhusyukan
solat kita ini nanti, insya Allah.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته