Khulasah Al-Quran | Az-Zariyat : 24 – Al-Hadid

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,
Untuk penghayatan bersama, barisan para imam hafiz kita akan membaca Juz 27 pada malam
ini, iaitu bermula dari ayat ke-24 surah Az-Zariyat, keseluruhan Ath-Thur, An-Najm, Al-Qamar, Ar-Rahman, Al-Waqi’ah dan Al-Hadid.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Seseorang Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam
kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah,
kesakitan, keletihan, kegusaran, sehingga duri yang menyucuk sekalipun dan sesuatu
yang menganggu kehidupan adalah sebagai penghapus dosa agar hamba-Nya sentiasa
dalam rahmat-Nya.

2. Antara perkara yang ditegah dalam Islam adalah percakapan dan perbuatan yang
membawa kepada pendustaan. Justeru, setiap Muslim hendaklah menjauhi percakapan
dan perbuatan dusta agar ibadah puasa yang dilakukan mendapat pahala dan tidak
menjadi sia-sia, serta membuahkan natijah kepada rohaniah orang yang berpuasa.

3. Sebagai umat Baginda yang tidak sunyi daripada melakukan dosa sewajarnya sentiasa
lebih banyak memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT pada setiap masa.

4. Melakukan kezaliman adalah antara dosa besar, orang yang melakukan kezaliman di
dunia sama ada kepada diri sendiri atau orang lain akan mendapat pembalasan yang
setimpal daripada Allah pada Hari Kiamat.

Semoga khulasah atau ringkasan intisari ayat-ayat Al-Quran ini menambahkan lagi kekhusyukan
solat kita ini nanti, insya Allah.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته