Khulasah Al-Quran | Al- Ahqaf : 1 – Az-Zariat : 23

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,

Untuk penghayatan bersama, barisan para imam hafiz kita akan membacakan Juz 26 pada malam ini, iaitu bermula dari awal surah Al-Ahqaf sehingga ayat ke-23 surah Az-Zariat.
Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah,
hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama Islam. Oleh itu, Islam
melarang keras perbuatan menzalimi atau menganiayai Muslim yang lain dan membiarkan
Muslim yang lain dizalimi.

2. Menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap Muslim membantu dan meringankan beban apabila
ada di antara Muslim yang ditimpa musibah serta kesulitan. Orang yang berbuat demikian, Allah
SWT akan memperkenankan hajatnya.

3. Menjadi tanggungjawab setiap Muslim agar menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang
lain.

4. Umat Islam dikehendaki bersifat pemurah serta berbelanja secara sederhana dan menjauhkan diri
daripada bersifat bakhil.

5. Umat Islam dituntut agar saling berkenalan dan belajar memahami antara satu sama lain.
Kehebatan seseorang itu bukan terletak kepada kebangsawanan atau keturunan dan kekayaannya.
Sebaliknya, yang paling mulia adalah mereka yang bertakwa iaitu yang melaksanakan perintah
Allah dan meninggalkan laranganNya.

Semoga khulasah atau ringkasan intisari ayat-ayat Al-Quran ini menambahkan lagi kekhusyukan
solat kita ini nanti, insya Allah.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته