Khulasah Al-Quran | Az-Zumar : 32 – Fussilat : 46

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,

Untuk penghayatan kita, malam ini barisan imam-imam hafiz kita akan membaca Juz 25, iaitu
bermula dari ayat 47 surah Fussilat ( فصلت ) hingga ayat yang ke-37 surah Al-Jathiah.
Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Kebaikan atau kebajikan terdapat pada akhlak yang mulia kerana orang yang memiliki
akhlak yang mulia sentiasa terdorong melakukan perbuatan-perbuatan yang baik dan
meninggalkan perbuatan-perbuatan keji.

2. Allah tidak pernah menutup pintu taubat hamba-Nya yang benar-benar insaf dan ingin
berubah kerana setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Tidak seharusnya kita berasa
letih atau berhenti memohon keampunan daripada Allah SWT selagi masih bernyawa.
Yang paling penting, usah kita bermain-main dengan taubat, tetapi berusahalah semampu
yang mungkin untuk memerangi nafsu.

3. Utamakanlah amalan akhirat berbanding dengan kerja dunia supaya segala kesenangan
dan kemewahan yang Allah sediakan di akhirat nanti dapat dinikmati dengan penuh
keikhlasan dan dari hati yang suci murni. Sesungguhnya, akhirat adalah tempat kita
kembali dan kekal buat selama-lamanya.

4. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan dalam hidup. Antara
tanda-tanda perbuatan dosa ialah lahirnya perasaan tidak tenteram dalam jiwa dan
bimbang jika diketahui oleh orang lain.

Semoga khulasah atau ringkasan intisari ayat-ayat Al-Quran ini menambahkan lagi kekhusyukan
solat kita ini nanti, insya Allah.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته