Khulasah Al-Quran | Az-Zumar : 32 – Fussilat : 46

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,

Untuk penghayatan kita, malam ini barisan imam-imam hafiz kita akan membaca Juz 24, iaitu
bermula dari ayat 32 surah Az-Zumar hingga ayat yang ke-46 surah Fussilat.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Kita ditegah dari berputus asa dalam menempuhi apa jua ujian kehidupan. Sebaliknya,
Al-Quran mendidik kita agar terus berusaha, bersabar dan bertawakal kepadaNya dalam
mengharungi cabaran kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya, pertolongan Allah pasti
hampir kepala mereka yang bersabar.

2. Bukan suatu kehinaan bagi manusia yang berbuat dosa, tetapi kehinaan yang sebenarnya
adalah keangkuhan dari bertaubat terhadap dosa yang telah dilakukan. Dari itu, dalam
usaha menghindari dosa dan kemurkaan Allah, hendaklah kita segera bertaubat kepada
Allah selagi kita belum didatangi kematian.

3. Islam menghendaki umatnya sentiasa berbuat baik walaupun terhadap orang yang
bertindak jahat dengan harapan dia akan insaf dan meninggalkan sikap buruknya.

4. Orang yang sentiasa mengamalkan doa di dalam hidup mereka akan mendapat
keberkatan di dunia dan juga di akhirat. Di antara waktu berdoa yang paling afdhal ialah
di antara azan dan iqamat, di mana Allah SWT akan menerima doa tersebut.

Semoga khulasah atau ringkasan intisari ayat-ayat Al-Quran ini menambahkan lagi kekhusyukan
solat kita ini nanti, insya Allah.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته