Khulasah Al-Quran | Yasin : 28 – Az-Zumar : 31

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,

Untuk penghayatan kita, malam ini barisan imam-imam hafiz kita, termasuk Ustaz Qusairy
Thaha Al-Hafiz, Ketuan darul Quran Singapura akan membaca Juz 23, iaitu bermula dari ayat 28
surah Yasin sehingga ayat yang ke-31 surah Az-Zumar.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Ajal dan maut berada di tangan Allah SWT. Oleh itu, sebagai orang yang beriman,
hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan amal soleh serta dapat memberi manfaat
kepada semua sebagai bekalan di Hari Akhirat kelak.

2. Isilah waktu tenang dan senang kita dengan beribadat serta berdoa kepada Allah kerana
ia akan mengundang kasih Allah kepada kita. Apabila Tuhan Pemilik semesta alam
sukakan kita, maka semua masalah akan diuruskan-Nya sebaik mungkin.

3. Lazimilah diri dengan amalan berzikir, baik ketika senang mahupun susah. Tidak kira
apa saja makhluk yang berada di atas muka bumi ini turut berzikir kepada Allah SWT
dengan cara mereka sendiri yang tidak difahami manusia.

4. Kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail mengajar kita bahawa betapa pentingnya
komunikasi yang baik antara ayah dan anak dalam apa jua perkara agar terbentuk rasa
kasih sayang dan saling menghormati dalam sesebuah keluarga. Demikianlah Al-Quran
yang tidak sunyi memberi panduan kepada kita dalam kehidupan ini.

5. Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada
ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan senjata atau benteng kepada seseorang
di dalam menghadapi hidup di dunia ini dan menjadi pengukur darjat keimanan
seseorang.

Semoga khulasah atau ringkasan intisari ayat-ayat Al-Quran ini menambahkan lagi kekhusyukan
solat kita ini nanti, insya Allah.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته