Khulasah Al-Quran | Al-‘Ankabut : 46 – Al-Ahzab : 30

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,

Untuk penghayatan bersama, in sya Allah pada malam yang ke-19 ini, barisan para imam hafiz
kita akan membacakan ayat-ayat dari Juz 21, iaitu bermula dari ayat 46 surah Al-‘Ankabut
sehingga ke ayat 30 surah Al-Ahzab.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Menjadi kewajipan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memerintahkan anak-anak
menunaikan solat sejak umur tujuh tahun. Perintah tersebut mestilah dimulai dengan
mengajar mereka hukum-hukum, amalan-amalan dan syarat-syarat dalam membiasakan
mereka mendirikan solat dengan sempurna.

2. Dunia ini dapat diibaratkan seperti ladang. Ia digunakan untuk bercucuk tanam dan
hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak. Hasil yang akan diperoleh itu adalah bergantung
kepada apa yang telah diusahakan oleh seseorang. Andainya amalan yang diusahakan itu
baik maka baiklah hasilnya. Sebaliknya, jika amalan itu jahat maka buruklah hasil yang
akan diperolehnya.

3. Sesiapa yang mementingkan kebahagiaan, kemewahan dan kesenangan dunia, bukanlah
bermakna ia mendapat kesenangan yang hakiki kerana dunia ini hanyalah sementara.
Dunia ini diibaratkan sebagai permainan dan melalaikan. Permainan itu akan tamat
apabila sampai masanya.

4. Kita hendaklah mempelajari Al-Quran, memahami dan mengamalkannya. Lihatlah
contoh terbaik akhlak Rasulullah yang di­katakan seperti al-Quran. Insan sempurna yang
penuh dengan hikmah sehingga berjaya menyebarluaskan dakwah dan cahaya Islam ke
seluruh pelosok dunia.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته