Khulasah Al-Quran | Al-Naml : 54 – Al-‘Ankabut : 45

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,

Untuk penghayatan bersama, insyaAllah pada malam ini barisan imam-imam hafiz kita akan
membacakan ayat-ayat bermula dari Juz 20 iaitu bermula dari ayat ke-54 surah An-Naml
sehingga ke ayat 45 surah Al-‘Ankabut.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan
keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik
dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

2. Sikap tamak dibenci Allah kerana ia boleh menjadikan seseorang itu menjadi sombong,
angkuh dan mementingkan diri sendiri, walhal kelebihan harta mahupun pangkat,
kemasyhuran dan sebagainya adalah kurniaan Allah yang perlu disyukuri dan dikongsi
sama dengan makhluk Allah yang lain.

3. Kisah Qarun menjadi renungan buat kita yang diceritakan oleh Al-Quran betapa
suksesnya pencapaian hidup seseorang ia sebenarnya adalah satu nikmat yang
mengandungi ujian Allah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Semoga khulasah atau ringkasan intisari ayat-ayat Al-Quran ini menambahkan lagi kekhusyukan
solat kita ini nanti, insya Allah.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته