Khulasah Al-Quran | Al-Furqan : 21 – An-Naml : 53

ه

السـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah sekalian,

Untuk penghayatan kita, malam ini barisan imam-imam hafiz kita akan membaca bermula dari
ayat 21 surah Al-Furqan hingga ayat 53 surah An-Naml . Ayat-ayat ini ialah dari Juz ke 19, Insya
Allah.

Antara pengajaran yang boleh kita raih menerusi ayat-ayat tersebut adalah:

1. Umat Islam disuruh supaya takut dengan seksaan Allah SWT yang amat mengerikan
pada Hari Kiamat. Allah SWT menyebut seksaan kepada manusia supaya mereka
sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah SWT.

2. Adakalanya Allah berikan kekayaan kepada seseorang bertujuan untuk melihat sejauh
mana dia bersyukur terhadap segala nikmat yang diperolehi olehNya. Alangkah
beruntungnya mereka yang menggunakan nikmat kekayaannya dengan menginfakkan
sebahagian hartanya itu pada jalan Allah SWT seumpama menyokong usaha-usaha
dakwah dan memperbaiki masyarakat seperti yang dijalankan oleh masjid-masjid dan
badan–badan Islam dan sebagainya.

3. Kita dianjurkan untuk sentiasa memaafkan serta melupakan kesilapan dan kesalahan
orang lain kerana hidup kita di dunia ini terlalu singkat untuk kita saling bermusuhan dan
berdendam sesama sendiri. Yakinlah bahawa Allah SWT pasti akan mendatangkan
ketenangan ke dalam hati orang sentiasa memaafkan dan melupakan kesilapan orang
lain, InsyaAllah. Semoga kita semua tergolong dalam golongannya, amin

4. Islam menggalakkan umatnya supaya suka bersedekah kerana ia akan mengeratkan
hubungan silaturahim antara yang memberi dengan yang menerima. Orang yang suka
bersedekah dapat menghindarkan dirinya daripada api neraka.

Sekian. Terima kasih dan selamat beribadah.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته