#SurahMingguIni: Al-Kahf : 27 – 82

Imam akan menyambung semula mengongsikan pengajaran daripada ayat-ayat Al-Quran yang akan dibacanya dalam solat Maghrib dan Isya setiap minggu.
Semoga jemaah kami yang dikasihi meraih manfaat dan bersamalah kita tingkatkan mutu solat kita dengan khushu.
“Kitab (Al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Shad: 29)