Jadual Bacaan Surah Dalam Solat Tarawih Ramadan 1440H/2019

Dengan menyediakan jadual bacaan surah dalam solat tarawih di Masjid kami, kami harap ia dapat mempersiapkan jemaah kami untuk membaca dan meneliti ayat-ayat ini sebelum menunaikan ibadah solat tarwih.

Tambahan pula, khulasah Al-Quran bagi surah yang akan dibaca dalam solat tarawih akan disampaikan sebelum solat Isya dan juga dihasilkan dalam bentuk video dengan harapan jemaah dapat renungkan intisarinya bersama. Dengan usaha-usaha ini, Masjid kami berharap semoga jemaah kami yang dikasihi dapat mendirikan solat tarawih dengan lebih khushu lagi.

Saksikan pengumpulan video khulasah Al-Quran tarawih Masjid Kampung Siglap di sini.