Jadual Bacaan Al-Quran Di Dalam Solat Untuk Bulan September 2016

 

jba-sept16

Pengajaran  yang  terdapat dalam ayat yang akan dibaca:

  1. Surah Ar-Rahmaan yang dimulakan dengan nama Allah Ar-Rahmaan mengingatkan kita tentang Maha Pemurahnya Allah dengan segala nikmatNya, terdapat 31 pengulangan ayat yang sama iaitu “ Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” selepas setiap nikmat yang Allah sebutkan. Surah ini ketika itu diturunkan ke atas musyrikin makkah yang masih degil, pengulangan ayat itu mengingatkan kita tentang segala nikmat Allah yang diberikan kepada kita, andai kita rasa telah jauh daripada Allah, kembalilah bertaubat, muhasabah diri, semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang mendustakan nikmatNya.
  2. Di dalam surah Al-Hadid, Allah mengingatkan kita bahawa DIA yang berkuasa menghidupkan dan mematikan, mengetahui segalanya yang zahir dan batin serta mengetahui setiap sesuatu tentang diri kita, tidak ada orang yang lebih mengetahui keadaan diri sebenar kita melainkan Allah. Andai kita merasakan tidak ada orang yang memahami kita, memahami masalah yang kita hadapi, selain mengadu dan meminta nasihat kepada orang lain yang dapat mendengar isi hati kita, mengadu juga kepada Allah, kerana Allah yang dapat menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi.
  3. Beberapa peringatan untuk orang yang beriman agar bertakwa kepada Allah dan membuat ‘self-check’ penilaian atas diri sendiri, apa yang telah disiapkan untuk hari esok, hari akhirat nanti. Jika Al-Quran diturunkan kepada sebuah gunung, kamu akan lihat gunung itu tunduk dan terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Perumpamaan-perumpamaan yang diceritakan di dalam Al-Quran ini supaya manusia berfikir.
  4. Semoga kita menjadi diantara orang yang melaksanakan apa yang kita katakan, seperti kita mengajak orang kepada kebaikan, semoga kita mulakan dulu dengan diri kita, mengajak untuk berakhlaq baik, kita dulu yang mulakan, mulakanlah dulu dengan diri sendiri kemudian mengajak kepada orang lain, supaya kita tidak mendapat kemurkaan Allah.

 

Disediakan oleh
Imam MKS

Last updated: 26th Sept 2016