Jadual Bacaan Al-Quran Di Dalam Solat Untuk Bulan Oktober 2016

jba-week1and2-oct-16

jba-week3and4-oct-16

 

Pengajaran  yang  terdapat dalam ayat yang akan dibaca:

 

  1. Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq dikenali dengan ayat seribu dinar dimana kita diingatkan supaya betaqwa dan bertawakkal, yakin dengan Allah,  apabila kita menghadapi masalah atau kesusahan,  yakin dengan Allah, DIA akan memberikan kita  jalan keluar, jangan kita terlalu risau tentang rezki kita, Allah akan memberikan rezki dari arah yang tidak disangka-sangka, dan  Allah akan mencukupkan keperluan kita.

 

  1. Kehidupan di alam perkahwinan tidak dapat lari daripada ujian dan dugaan. Justeru para suami dan isteri perlu bijak dalam menangani dan menyelesaikannya berdasarkan panduan Al-Qur’an dan nasihat yang telah diajar dan ditinggalkan oleh Rasulullah saw iaitu al-Sunnah. Rumahtangga akan disinari rahmat dan petunjuk ilahi sekiranya pasangan suami isteri sentiasa berpegang kepada prinsip al-Qur’an dan al-sunnah dan mengamalkan segala panduan tersebut di dalam kehidupan berumahtangga. Terdapat peristiwa yang berlaku dalam rumahtangga Rasulullah dengan isteri-isteri baginda iaitu Hafsah, Aisyah dan Zainab. Kisah berkenaan Rasulullah dalam menghadapi perwatakan isterinya yang cemburu ini ada disebutkan pada ayat 1 hingga 5 di dalam surah At-Tahrim.

 

  1. Galakan untuk bangun solat malam dan membaca atau menghafal Al-Quran. Bangun di waktu malam adalah lebih tepat untuk khusyuk dan lebih berkesan. Untuk para pelajar yang sering mengulangkaji pelajaran atau hafalan Al-Quran, kebanyakan daripada mereka ini membenarkan bahawa pada waktu sebelum subuh merupakan waktu yang cepat untuk mengingat dan menguatkan hafalan.

 

  1. Galakan untuk membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur sebagaimana yang biasa Rasulullah s.a.w amalkan. Terdapat hadith yang diriwaytkan oleh Ibnu Hajar dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Satu surah dalam al-Qur’an yang hanya (terdiri dari) tiga puluh ayat akan membela orang yang selalu membacanya (di hadapan Allah Ta’ala) sehingga dia dimasukkan ke dalam syurga, yaitu surat: “Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan.”

 

 

Disediakan oleh

Imam MKS