Jadual Bacaan Al-Quran Di Dalam Solat Untuk Bulan November 2016

jba-nov-16

 

Beberapa Pengajaran:

 

  1. Allah bersumpah dengan masa di dalam surah Al-‘Asr menunjukkan kita bahawa penegasan tentang masa yang dilalui manusia, setiap detik dan saat, jika kita mefokuskan dan membuang masa dengan perkar-perkara dunia, kehidupan ini akan membawa kita kepada kerugian dan kebinasaan melainkan orang yang memiliki 4 perkara iaitu:

 

  • Yang pertama: beriman dengan 6 ciri yang kita ketahui, beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari akhirat dan qada’ qadar (ketentuan yang batik Dan bark) dating Dalriada Allah.

 

  • Manakala yang kedua iaitu beramal soleh dengan melaksanakan perkara-perkara wajib, menjauhi perkara maksiat dan melakukan kebaikan.

 

  • Yang ketiga: Memberi nasihat dengan kebenaran adalah memberikan bimbingan kepada orang lain, berdakwah untuk melakukan perkara kebaikan dan melarang membuat kemungkaran.

 

  • Yang keempat: Orang yang saling ingat mengingatkan orang lain untuk bersabar dalam mentaati Allah dan tidak melakukan maksiat. Dalam masa yang sama mereka hendaklah redha dengan qada’ dan qadar dalam menghadapi musibah dan ujian.

 

 

Disediakan oleh

Imam MKS