Majlis Konvokesyen Darul Quran Singapura Ke-1: Specialised Certificate / Diploma for Quran Teacher (SCQT/SDQT)

Alhamdulillah, pada 23 Februari 2019, buat julung-julung kalinya, Darul Quran Singapura dengan jayanya telah menjalankan Majlis Konvokesyen yang ke-1 buat para pelajar SCQT (Specialized Certificate for Quran Teachers) dan SDQT (Specialized Diploma for Quran Teachers) di Masjid Kampung Siglap.

Darul Quran Singapura ingin mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan buat semua. Tidak lupa juga, tahniah diucapkan kepada para pensyarah yang bersama-sama berbakti dalam mendidik dan berkongsi ilmu kepada para pelajar SCQT & SDQT.

Semoga ilmu yang diraih bermanfaat buat diri dan masyarakat.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Yang terbaik antara kamu adalah mereka yang mempelajari Al Quran dan mengajar Al Quran.”