Tazkirah Ringkas, 26hb Ogos 2016

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ

، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا ) .

Dari Abdullah bin umar r.a berkata :Rasululluh s.a.w bersabda :" Dikatakan kepada Saahibul Qur`an (di akhirat): “Bacalah Al-Qur`an dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagai mana engkau tartilkan sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”. (HR. Imam Tirmidzi dan Abu Daud)

*Saahibul Quran adalah : ”Orang yang sentiasa beteman dengan Al-Quran seperti sentiasa membaca, menghafal, mempelajari isi kandungannya, mengamalkan ajarannya serta memuliakan dan menjaga adab-adabnya”

Beberapa pengajaran penting yang terdapat di dalam hadis di atas:

1. Orang yang rajin dan bersungguh-sungguh membaca Al-Quran terutama menghafalnya serta mempelajari seluruh isi kandungannya akan di ditempatkan ke dalam syurga Allah s.wt, bukan orang yang membacanya sahaja tanpa mengamalkannya di dalam kehidupan.

2. Allah s.wt akan mengangkat darjat orang yang membaca dan menghafal Al-Quran ke darjat yang tertinggi di akhirat kelak berdasarkan sebanyak mana yang dia baca dan mengahafalnya sewaktu di dunia dahulu.

3. Hendaklah membaca Al-Quran dengan tartil serta tidak tergesa-gesa membacanya agar dapat menjaga serta memelihara seluruh hukum tajwid dengan betul bagi mendapatkan kelebihan tersebut.

4. Kelebihan dan ganjaran tersebut hanya akan diberikan kepada orang yang benar-benar ikhlas memebaca dan mempelajari Al-Quran tanpa ada sedikit perasaan riya’, ingin disanjung (kerana sedap bacaannya) dan sebagainya.

Betapa mulianya ganjaran yang diberikan Allah s.wt kepada orang yang sentiasa berteman dan bersahabat dengan Al-Quran. Oleh itu bagi mendapatkan ganjaran tersebut, hendaklah kita sentiasa mempelajari Al-Quran, bertalaqqi dengan guru yang mutqin, mempelajari segala isi kandungannya, menghafal semampu yang mungkin agar kita semua mendapat darjat kemulian yang paling tinggi di syurga kelak, insyaAllah.