Kuliah Mingguan

Masjid Kampung Siglap giat mengadakan kuliah setiap hari sepanjang minggu bagi para jemaah. Kuliah harian di MKS adalah percuma dan tiada pendaftaran awal diperlukan. Sekalian muslimin dan muslimat dipersilakan hadir.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majlis Ilmu).”
(Riwayat At-Tirmidzi)

Tafsir Juz ‘Amma

Kuliah Tafsir Juz ‘Amma diadakan secara percuma setiap Isnin jam 10 pagi. Dipimpin oleh Ustaz Jazair Jummat dengan kitab Tafsir al-Azhar Juz ‘Amma karangan Buya Hamka. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Serbaguna (MPH).

Know More

Talaqqi & Terjemahan Al-Quran

Kuliah talaqqi dan terjemahan Al-Quran diadakan secara percuma pada setiap Rabu selepas solat Maghrib. Dipimpin oleh Ustaz Md Amirullah dengan kitab ‘Tajwid Al-Quran’. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Solat Utama.

Know More