Kuliah Mingguan

Masjid Kampung Siglap giat mengadakan kuliah setiap hari sepanjang minggu bagi para jemaah. Kuliah harian di MKS adalah percuma dan tiada pendaftaran awal diperlukan. Sekalian muslimin dan muslimat dipersilakan hadir.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majlis Ilmu).”
(Riwayat At-Tirmidzi)

Hadith Sahih Al-Bukhari

Kuliah Hadith Sahih al-Bukhari diadakan secara percuma setiap Selasa 11:30 pagi. Dipimpin oleh Ustaz Hafiizh Rapiee dengan kitab Fathul Bari. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Serbaguna (MPH).

Know More

Halaqah & Tadabbur Al-Quran

Kuliah Halaqah & Tadabbur Al-Quran, pimpinan Ustazah Mariam Md Hashim diadakan secara percuma pada setiap Jumaat pada 9:30pg di Auditorium, aras 1, Masjid Kampung Siglap.

Know More

Muslimah Sejati

Kuliah Muslimah Sejati diadakan secara percuma pada setiap Khamis pada 2:30ptg di Bilik 4, aras 2, Darul Quran. Dipimpin oleh Ustazah Kamariah Bee Shaik Abdul Halim.

Know More

Mutiara Sabda

Masjid Kampung Siglap menjemput anda ke kuliah baru, Mutiara Sabda, yang diadakan setiap Ahad, selepas Maghrib. Dibimbingi oleh Ustaz Muhammad Nabil Johari, beliau akan mengupas hadith-hadith sahih Bukhari dan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” H.R. Muslim

Know More

Penyucian Jiwa

Kuliah Penyucian Jiwa diadakan secara percuma pada setiap Isnin selepas solat Maghrib. Dipimpin oleh Ustaz Muhammad Farhan Nordin dengan kitab ‘Mensucikan Jiwa – Sheikh Sa’id Hawwa’ Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Solat Utama.

Know More

Tafsir (Tamil)

Kuliah Tafsir (Tamil) is led by Ustaz Mohamad Ilyas Bin Jamali every Saturday, 6:45pm at Room 2, level 2, Darul Quran.

Know More