Kuliah Mingguan

Masjid Kampung Siglap giat mengadakan kuliah setiap hari sepanjang minggu bagi para jemaah. Kuliah harian di MKS adalah percuma dan tiada pendaftaran awal diperlukan. Sekalian muslimin dan muslimat dipersilakan hadir.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majlis Ilmu).”
(Riwayat At-Tirmidzi)

Bimbingan Mu’minin

Kuliah Bimbingan Mu’minin diadakan secara percuma setiap bulan pada Ahad ke-4 selepas solat Subuh. Dipimpin oleh Ustaz Md Noor Samat. Marilah meraih keberkatan pagi Ahad anda dengan solat Subuh berjemaah di Masjid dan menghadirkan diri dalam majlis ilmu. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Solat Utama.

Know More

Dhuha Muslimah

Kuliah Dhuha Muslimah diadakan secara percuma pada setiap Khamis pada 10pg di Bilik 4, aras 2, Darul Quran. Dipimpin oleh Ustazah Kalsom Md Isa.

Know More

Fiqih Do’a & Dzikir

Kuliah Fiqih Do’a & Dzikir diadakan secara percuma pada Ahad pertama setiap bulan selepas solat Subuh. Dipimpin oleh Ustaz Mahfuz. Marilah meraih keberkatan pagi Ahad anda dengan solat Subuh berjemaah di Masjid dan menghadirkan diri dalam majlis ilmu. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Solat Utama.

Know More

Fiqih Ehwal Semasa

Ustaz Muhd Syafiee akan mengenalkan fatwa-fatwa isu semasa kini dalam Kuliah Fiqih Ehwal Semasa yang diadakan secara percuma pada setiap Jumaat selepas solat Maghrib dengan menggunakan kitab ‘Fatwa-fatwa Kontemporari’. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Solat Utama.

Know More

Fiqih Keluarga Muslim

Kuliah Fiqih Keluarga Muslim diadakan secara percuma pada setiap Selasa selepas solat Maghrib. Dipimpin oleh Ustaz Jazair Jummat dengan kitab ‘Fiqih Manhaji’. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Solat Utama malam ini.

Know More

Hadith Pilihan

Kuliah Hadith Pilihan diadakan secara percuma setiap bulan pada Ahad ke-3 selepas solat Subuh. Dipimpin oleh Ustaz Jazair Jummat. Marilah meraih keberkatan pagi Ahad anda dengan solat Subuh berjemaah di Masjid dan menghadirkan diri dalam majlis ilmu. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Solat Utama.

Know More