Kuliah Mingguan

Masjid Kampung Siglap giat mengadakan kuliah setiap hari sepanjang minggu bagi para jemaah. Kuliah harian di MKS adalah percuma dan tiada pendaftaran awal diperlukan. Sekalian muslimin dan muslimat dipersilakan hadir.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majlis Ilmu).”
(Riwayat At-Tirmidzi)

40 Hadith

Apakah amalan-amalan yang tampak sedikit, namun pahalanya berganda? Mari kita mempelajari amalan-amalan ini dalam kuliah baru kami, bimbingan Ustaz Najib Ahmad, secara percuma pada Ahad ke-2 setiap bulan selepas solat Subuh. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Solat Utama.

Know More

Agama Dewasa P.A.D.I.

Kuliah Agama Dewasa P.A.D.I. diadakan secara percuma pada setiap Selasa pada 12tgh di Bilik 4, aras 2, Darul Quran. Dipimpin oleh Ustaz Abd Aziz Md, Ustaz Jazair Jummat dan Ustaz Azmi Abd Samad.

Know More

Al-Quran & Fardhu Ain (Tamil)

Kuliah Al-Quran & Fardhu Ain (Tamil) is led by Ustaz Mohamad Ilyas Bin Jamali every Saturday, 4:30pm at MKS Old Mosque.

Know More

Asas Ilmu Qiraat

PENGENALAN Kelas ini merupakan satu lagi inisiatif Masjid Kampung Siglap, Darul Quran Singapura dalam usaha mengembangkan ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran dalam isaha membangun Jeelun Quraniy (Generasi Al-Qiran) di Singapura Ia diadakan bagi memperkenalkan keunikan dan kesenian cara bacaan  KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU QIRAAT Dapat mengetahui dan mengenali setiap bacaan Imam Qurra’ serta mampu membezakan setiap bacaan daripada…

Know More

Bacaan Yasin & Tahlil Arwah

Masjid Kampung Siglap ada mengadakan Majlid Tahlil setiap Khamis selepas Maghrib. Dipimpin oleh Ustaz Md Syafiq Jamil di Dewan Solat Utama. Kepada yang ingin ambil serta, sila isi borang penyertaan di mks.org.sg/downloads .

Know More

Bidayatul Hidayah

Kuliah Bidayatul Hidayah diadakan secara percuma setiap bulan pada Ahad ke-5 selepas solat Subuh. Dipimpin oleh Ustaz Khairi Nazron. Marilah meraih keberkatan pagi Ahad anda dengan solat Subuh berjemaah di Masjid dan menghadirkan diri dalam majlis ilmu. Terbuka untuk Muslimin dan Muslimat di Dewan Solat Utama.

Know More