A*YTTS (Young Tahfiz & Tadabbur Scholars Program)

Sebuah program kolaborasi Darul Quran Singapura dengan beberapa madrasah tempatan yang bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan yang menghafal dan memahami al-Quran serta komited untuk mengekalkan tradisi kecemerlangan yang menjadi kebanggaan serta penerus kemajuan umat Islam. Program ini merupakan program pembelajaran yang menggabungkan ciri-ciri berikut:
- Berteraskan kebolehan (ability driven)
- Menggunakan teknik-teknik pembelajaran deras (accelerated learning)
- Menggabungkan kaedah pembelajaran online serta pembelajaran dalam bentuk halaqah-halaqah kecil
- Difasilitasi oleh tenaga pendidik takhasus al-Quran yang merupakan seorang hafiz/hafizah dan mempunyai sanad dalam Qiraat al-Quran
- Perhatian diberikan kepada pembangunan yang sesuai dan lebih sepadu (integrated and developmentally appropriate)
Pengambilan pelajar baharu dibuka setiap 2 tahun sekali. Proses pemilihan pelajar daripada peringkat menengah 1 dan 2 dilakukan oleh pihak madrasah dan ditemuduga oleh pihak Darul Quran Singapura.
Pelajar perlu menghafal sekurang-kurangnya 1 muka surat pada setiap pertemuan dan dijangka akan mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh 6 tahun. Di samping itu, pelajar berpeluang meningkatkan mutu bacaan bertajwid.
Waktu Pembelajaran
3 sesi seminggu
- 2 sesi secara bersemuka (face-to-face), 2-3 jam setiap sesi
- 1 sesi secara atas talian (online)
Program intensif semasa cuti sekolah:
- 5 sesi seminggu, 6 jam setiap sesi
Yuran: $70 sebulan*
* Yuran akan dibiayai oleh Darul Quran Singapura, pihak madrasah dan pelajar.