Al-Quran & Islamic Learning (AQIL)

AQIL adalah sebuah Modul Asas Pendidikan Islam yang berstruktur untuk kelas-kelas pengajian Al-Quran. Asas utamanya adalah ilmu asas Fardhu 'Ain yang diajarkan dalam kelas-kelas Al-Quran yang diadakan di rumah-rumah individu.

Program ini diharap dapat bantu mempermudahkan bilangan anak-anak muda yang berumur dari 7 - 16 tahun untuk memperoleh pendidikan asas Al-Quran dan Fardhu 'Ain, serta bertujuan
untuk memudahkan anak-anak muda menghadiri kelas-kelas agama yang berstruktur.

Walaubagaimanapun, program ini tidak terhad hanya kepada anak-anak kecil dan remaja, bahkan orang dewasa atau ibubapa yang berminat juga dialu-alukan untuk turut serta dalam pembelajaran AQIL.

DQS-2015-AQIL_Logo

Aplikasi iRecite

iRECITE yang dilancarkan pada tahun 2016 atas usaha Darul Quran Singapura, kini menjadi sebuah wadah untuk mempelajari Al-Quran, bahkan digunakan juga untuk tasmi’ hafalan bersama asatizah melalui online sahaja. Aplikasi ini amat sesuai untuk golongan yang

mempunyai waktu bekerja yang agak padat dan tidak kesempatan untuk menghadiri kelas-kelas secara bersemuka.

Bermula Februari 2019, aplikasi iRecite juga digunakan sebagai wadah untuk mencari asatizah bagi pembelajaran AQIL.

Mencari Asatizah Anda

  1. Muat turun aplikasi iRecite
  2. Daftar atau Log masuk
  3. Tekan butang ‘Find Teachers’ untuk mencari Asatizah yang sesuai
  4. Tekan butang ‘Chat Box’ untuk menghubungi Asatizah
  5. Kirimkan Nama, No. Telefon, Alamat, Pembelajaran (AQIL / Fardhu 'Ain), Bilangan & Umur Pelajar
  6. Asatizah akan nyatakan penentuan masa & hari pembelajaran