Aljunied Young Tahfiz Scholars (AYTS)

madrasah aljunied

Program pensijilan menghafal Al-Quran dengan kerjasama Madrasah Aljunied Al Islamiah, khas untuk pelajar-pelajar mereka. Program ini merupakan program pembelajaran yang menggabungkan ciri-ciri berikut:

  • Berteraskan kebolehan (ability driven)
  • Menggunakan teknik-teknik pembelajaran deras (accelerated learning)
  • Menggabungkan kaedah pembelajaran online serta pembelajaran dalm bentuk halaqah-halaqah kecil
  • Difasilitasi oleh tenaga pendidik takhasus Al-Quran yang merupakan seorang hafiz/hafizah dan mempunyai sanad dalam Qiraat Al-Quran
  • Perhatian diberikan kepada pembangunan yang sesuai dan lebiih sepadu (intergrated and developmentally appropriate)

Pelajar akan menghafal sebanyak 2 muka surat pada setiap pertemuan, sebanyak 6 juz hingga 8 juz setahun dan akan khatam menghafal 30 juz Al-Quran dalam masa 4 – 5 tahun. Disamping itu pelajar berpeluang meningkatkan mutu bacaan.

Masa Pembelajaran

3 sesi seminggu

  • 2 sesi secara bersemuka (face-to-face), 2 jam setiap sesi
  • 1 sesi secara atas talian (online)

Program intensif semasa cuti sekolah:

  • 5 sesi seminggu, 8 jam setiap sesi

Yuran: $70 sebulan*

* Yuran akan dibiayai oleh Darul Quran Singapura, Madrasah Aljunied Al Islamiah dan pelajar.