Sambutan Awal Muharram 1440H

Pelbagai acara disusun untuk malam Awal Muharram Isnin depan. Antaranya doa akhir dan awal tahun yang akan dibacakan juga dalam Bahasa Melayu serta bacaan ikrar tahun baru yang akan dipimpin oleh Imam di atas mimbar dan diikuti oleh para jemaah.
Untuk meriahkan lagi suasana di masjid kita pada malam itu, lampu lap lip akan dipasang di pintu masuk utama Masjid.
Yuk kita berpuasa sunat hari Isnin depan dan jangan lupa bawa makanan sendiri untuk dikongsikan bersama sesaudara Islam kita dalam jamuan iftar ‘potluck’.