Kursus Tulisan Jawi 2018

AKAN DATANG 15 SEP 2018!

Buat pertama kalinya, Darul Quran Singapura mengadakan kursus khusus Tulisan Jawi yang akan berlangsung sepanjang 3 bulan!

‘Jawi Asas’ akan diadakan selama 21 jam sepanjang 7 sesi di mana para pelajar akan diperkenalkan dengan sistem ejaan dan tulisan Jawi yang terkini.

‘Pengajian Tulisan Jawi’ pula akan diadakan selama 30 jam sepanjang 10 sesi di mana ia akan membincangkan perkembangan, evolusi dan sumbangan tulisan Jawi di Nusantara.

Darul Quran dengan suka citanya mengajak semua para pencinta Jawi untuk meraih manfaat dalam kursus yang padat ini.

DAFTAR SEKARANG melalui link ini: bit.ly/kursusjawi2018