Kelas Bimbingan Asas Ilmu Qiraat

PENGENALAN

Kelas ini merupakan satu lagi inisiatif Masjid Kampung Siglap, Darul Quran Singapura dalam usaha mengembangkan ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran dalam isaha membangun Jeelun Quraniy (Generasi Al-Qiran) di Singapura Ia diadakan bagi memperkenalkan keunikan dan kesenian cara bacaan

 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU QIRAAT

  • Dapat mengetahui dan mengenali setiap bacaan Imam Qurra’ serta mampu membezakan setiap bacaan daripada mereka dengan tepat dan betul.
  • Dapat mengetahui dan memahami bagaimana fuqaha’ dapat menentukan atau mengistinbat sesuatu hukum yang terdapat di dalam Al-Quran berdasarkan perubahan pada baris sesuatu kalimah dan lain-lain
  • Memelihara serta menjaga kitab Suci Al-Quran daripada sebarang bentuk perubahan dan penyimpangan yang boleh merosakkan atau mencacatkan makna sesuatu ayat kerana ia amat berkait dengan penulisan Rasm Uthmani.

ILMU-ILMU ASAS YANG DIPERLUKAN SEBELUM BELAJAR QIRAAT

  • Perlu menguasai serta mendalami ilmu Tajwid mengikut kaedah-kaedah yang betul kerana ia amat berkait rapat antara satu sama lain.
  • seseorang itu perlu mempelajari ilmu Bahasa Arab atau sekurang-kurangnya mengetahui basic dalam ilmu Bahasa Arab.

Kedua-dua ilmu ini amat penting untuk dipelajari dan difahami terlebih dahulu sebelum meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

 APAKAH YANG AKAN DIPELAJARI MENERUSI KELAS INI?

Para jemaah akan diterangkan bermula dari peringkat awal seperti Pengenalan & Sejarah Ilmu Qiraat, Jenis-jenis Qiraat, Perbezaan antara Qiraat, riwayat & toriq dan lain-lain sehingga ke peringkat yang lebih mendalam seperti ringkasan rajah berikut:

KELAS ILMU QIRAAT DI MKS

Kepada anda yang berminat mendalami Ilmu Qiraat ini dipersilakan hadir setiap hari Rabu selepas Solat Maghrib di Dewan Serbaguna, Aras 2, Masjid Kampung Siglap. Kelas ini dibimbing oleh imam kami, Ustaz Mohd Syafiq Bin Jamil, berkelulusan Ijazah Takhassus Quran & Qiraat, Al-Azhar Mesir. Tiada sebarang yuran dikenakan.